Blog

DS Think Tank latest blog posts

APA KEPENTINGAN LANDING PAGE?

09 October

Landing page

Jika anda mempunyai perniagaan online, atau perniagaan yang dipasarkan melalui online, anda MESTI mempunyai sebuah landing page.

Landing Page ialah satu sale page / satu muka web yang membolehkan anda CAPTURE informasi pelawat yang melawat page itu melalui sebuah borang.

Landing Page mempunyai target audience / sasaran pelawat yang spesifik dan bukan dibuat untuk menjual banyak jenis produk. Ia dicipta untuk mendapat targeted customers.

 

Landing page yang pendek akan mempunyai:

  • Informasi straight to the point dan bertujuan untuk mengutip sales leads/opt-in
  • Landing page begini menawarkan freebies seperti e-book atau tips PDF

 

Landing page yang panjang akan mempunyai:

  • Intro, pengenalan masalah, sebab terjadi masalah dan penyelesaian kepada masalah
  • Berbentuk sales page
  • Mempunyai penerangan khusus mengenai produk yang ingin dijual
  • Mempunyai lead capture/opt-in
  • Boleh menawarkan freebies seperti e-book atau tips PDF

 

Faktor penting dalam Landing page:

  • Penggunaan grafik yang menarik
  • Copywriting yang menarik
  • untuk menarik emosi pembaca untuk membeli atau opt-in (apa sahaja yang ditawarkan di landing page berkenaan)

 KENAPA LANDING PAGE PENTING?

1.     Landing Page mempamerkan produk dan servis anda secara spesifik

Apabila pelanggan ke landing page anda, mereka akan tertumpu dengan segala kandungan yang ingin disampaikan target audience, jualan/promosi, infomasi yang mempengaruhi target group supaya membeli atau memberikan nama dan alamat email mereka kepada anda.

Secara analogi, pelanggan ke kedai anda akan terbuka kepada berbagai pilihan dan mungkin tidak akan terpengaruh untuk membeli apa-apa, tetapi jika mereka diberikan brochure atau flyers produk anda, anda mungkin telah berjaya memujuk atau memberi mereka idea untuk membeli produk anda.

 

2.     Landing Page mendapatkan pelanggan berpotensi (leads) untuk database pelanggan anda

Salah satu amalan terpenting di dalam email marketing malahan dalam perniagaan secara amnya ialah mengumpul database mereka yang berpotensi menjadi pelanggan kita. Database yang dikumpul pula haruslah mereka yang ada minat dengan servis atau produk kita. Dengan landing page, selalunya satu laman yang khusus atau spesifik kepada satu produk atau topik. Jika landing page anda mengenai produk kurus, orang yang akan memberikan nama dan alamat email (opt-in) tentulah mereka yang berminat tentang produk kurus.

 

3.     Landing Page memberi gambaran lebih jelas tentang demografik pelanggan anda

Dari data yang terkumpul dari landing page, anda boleh mengetahui gambaran lebih jelas tentang pelanggan atau mereka yang berminat dengan produk / servis anda. Anda boleh mengetahui lelaki atau perempuan yang lebih berminat, dari lokasi mana, waktu bila landing page anda dilawat ramai orang, dari mana mereka datang dan banyak lagi data demografik yang boleh membantu anda dalam strategi pemasaran anda yang berikutnya.

Hubungi Kami untuk MULAkan Landing Page yang Efektif.

Yea! Saya perlukan Landing Page untuk bisnes!